Tuesday 14 February 2012

Khidmat Bantu ICT SMK Panglima Bukit Gantang

Photobucket

Program PAKAR Daerah seterusnaya telah di jalankan di SMK Panglima Bukit Gantang pada 14 - 15  Disember 2011.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian telah terlibat dalam program ini.  Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam penyelenggaraan alatan ICT  di makmal komputer sekolah.

Program bermula pada pukul 9.30 pagi,di mulakan dengan membuka 'on' semua komputer didalam makmal tersebut.selepas itu,barulah pemeriksaan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti masalah serta kerosakan yang dialami.terdapat beberapa kerosakan yang melibatkan sistem operasi  serta kerosakan hardware.

Bagi masalah yang melibatkan  kerosakan sistem operasi boleh diatasi dengan menginstall semula sistem operasi tersebut, manakala bagi kerosakan yang melibatkan hardware pihak sekolah iaitu Guru ICT perlu melaporkan ke dalam Support Ticketing System atau lebih dikenali sebagai STS. Setelah selesai pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan, 40 buah komputer dari 42 buah dapat digunakan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment