Thursday 22 March 2012

KHIDMAT BANTU ICT SMK SERI KURAU

Photobucket


Program PAKAR Daerah seterusnya telah di jalankan di SMK Seri Kurau  pada 12 Mac 2012.  Seramai 4 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian  telah terlibat dalam program ini.  Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan peralatan ICT untuk Makmal Bahasa MBMMBI iaitu, 41 unit Headphone, 20 unit Audio Splitter serta membuat pengujian.

 Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan membuka 'on' semua komputer di dalam makmal tersebut. kemudian, pemasangan alatan ICT untuk MBMMBI di mulakan. setelah selesai memasang,pengujian dibuat terhadap alatan tersebut. Selain itu, pengujian terhadap program netsupport juga dibuat bagi dapat memastikan semua komputer di dalam makmal tersebut dapat berkomunikasi dengan komputer guru.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi,antaranya terdapat masalah pada port network switch serta beberapa komputer mengalami masalah pada program netsupport yang perlu di install semula. Komputer Pelajar juga tidak memenuhi keperluan yang baik untuk menyokong program netsupport school.semua masalah tersebut akan dimaklumkan kepada pihak BTPN perak untuk tindakan selanjutnya.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment