Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SJK(C) CHONG WAH



Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Wah yang telah dijalankan pada25 Mac  2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian serta  3 Orang Juruteknik Komputer Sekolah  telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemeriksaan 10 buah komputer dan 10 buah laptop di Makmal Komputer Koridor Utara,Iaitu Makmal yang disumbangkan juga oleh pihak Koridor Utara.

 Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi dimulakan dengan memeriksa semua komputer,laptop dan printer di dalam makmal tersebut. kemudian, pemeriksaan lanjut di lakukan bagi mengenal pasti masalah kerosakan yang dihadapi. Setelah pemeriksaan dilakukan,didapati 2 buah komputer daripada 10 buah mengalami masalah pada motherboard.Manakala semua laptop berfungsi dengan baik.

Kerosakan tersebut telah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan aduan akan dibuat melalui STS bagi membuat penyelenggaraan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment