Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SMKA KERIAN


Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian yang telah dijalankan pada 15 April  2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan rangkaian di Pusat Sumber dan  pejabat.

 Program yang bermula pada pukul 9.45 pagi dimulakan dengan membuat pelan pemasangan dan agihan tugas yang bermula di Pusat Sumber.Kemudian,kabel akan ditarik untuk 4 buah komputer didalam pusat sumber.selepas itu,pemasangan RJ45 dilakukan seterusnya membuat pengujian talian.Semua komputer telah mendapat talian internet.

Setelah selesai tugasan di pusat sumber,tugas seterusnya ialah memasang kabel di pejabat pula.4 buah komputer memerlukan talian internet bagi memudahkan tugas-tugas melibatkan atas talian (on-line). Kabel mula ditarik dari switch utama yang berada di ruangan pejabat ke bilik-bilik yang mempunyai komputer.Setelah selesai,pemasangan RJ45 dilakukan dan pengujian terus dibuat. Selepas pengujian dibuat,didapati semua komputer telah mendapat sambungan internet.

 Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment