Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SMK SERI KURAU


Program PAKAR Daerah  telah di jalankan di SMK Seri Kurau  pada 31 Jan 2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian  telah terlibat dalam program ini.  Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan peralatan ICT untuk Makmal Bahasa MBMMBI iaitu, 41 unit Headphone, 20 unit Audio Splitter kepada komputer baru yang telah diganti. 

 Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan membuka 'on' semua komputer di dalam makmal tersebut. kemudian, pemasangan alatan ICT untuk MBMMBI di mulakan. setelah selesai memasang,pengujian dibuat terhadap alatan tersebut. Selain itu,installai dan pengujian terhadap program netsupport juga dibuat bagi dapat memastikan semua komputer di dalam makmal tersebut dapat berkomunikasi dengan komputer guru.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi,antaranya terdapat masalah pada port network switch. Pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai masalah tersebut dan aduan akan dilakukan bagi membuat penyelenggaraan terhadap switch tersebut.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment