Program
PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di Sekolah Kebangsaan
Tebuk Panchur yang telah dijalankan pada 16 April 2013. Seramai 5 orang
Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian serta 3 Orang Juruteknik Komputer
Sekolah telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemeriksaan 13 buah komputer di Makmal
Sekolah.
Program
yang bermula pada pukul 9.30 pagi dimulakan dengan memeriksa semua komputer
di dalam makmal tersebut. kemudian, pemeriksaan lanjut di lakukan bagi mengenal
pasti masalah kerosakan yang dihadapi. Setelah pemeriksaan dilakukan,didapati 8
buah komputer daripada 13 buah mengalami masalah pada motherboard.
Kerosakan
tersebut telah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan aduan akan dibuat melalui
STS bagi membuat penyelenggaraan.
Semoga
dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu
pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang
melibatkan penggunaan ICT.
Teknologi Untuk Pendidikan Bestari
0 comments:
Post a Comment