• Khidmat bantu ICT SK Wawasan
  • Program PaKaR Daerah Kerian di SK Wawasan pada 22 Jan 2016. Khidmat Bantu ICT Makmal Komputer

  • Khidmat bantu ICT SMK Gunung Semanggol
  • Program PaKaR Daerah Kerian di SMK Gunung Semanggol pada 9 Mac 2016. Khidmat Bantu ICT Makmal Komputer

  • Khidmat bantu ICT SJK(T) Bagan Serai
  • Program PaKaR Daerah Kerian di SJK(T) Bagan Serai pada 29 Mac 2016. Khidmat Bantu ICT di Pejabat

  • Khidmat bantu ICT SMA Shamsul Maarif Al Wataniah
  • Program PaKaR Daerah Kerian di SMA Shamsul Maarif Al Wataniah pada 19 April 2016. Khidmat Bantu ICT Netbook 1 Malaysia

  • Khidmat Bantu ICT SJK(T) Ladang Gedong
  • Program PAKAR Daerah Kerian di SJK(T) Ladang Gedong pada 26 April 2016. Khidmat Bantu ICT Makmal Komputer Sekolah.

  • Khidmat bantu ICT SJK(T) Ladang Yam Seng
  • Program PAKAR Daerah Kerian di SJK(T) Ladang Yam Seng pada 27 April 2016. Khidmat Bantu ICT Netbook 1 Malaysia

    Monday 30 January 2012

    Khidmat Bantu ICT SJKC Yu Chai

    Photobucket

    Program PAKAR Daerah telah di jalankan di SJKC Yu Chai pada 13 September 2011. Sekolah ini terletak di Kuala Kurau dan merupakan salah satu sekolah kelompok PKG Kuala Kurau. seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian telah terlibat dalam program ini.  Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan rangkaian (networking) di sekolah.

    Pihak Sekolah telah menyediakan peralatan yang diperlukan dalam menjayakan misi ini seperti Switch Port dan Wifi manakala PKG menyediakan UTP Kabel serta kepakaran untuk pemasangan rangkaian ini. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan perbincangan pelan di mana ia melibatkan satu jarak yang agak jauh dari modem Telekom yang terletak di Bilik Komputer di mana jaraknya lebih dari 100meter untuk di sambungkan ke Pejabat serta Bilik Guru.

    Setelah mencapai keputusan di dalam perbincangan, projek pemasangan bermula dan semua Juruteknik Komputer telah membahagikan kerja masing-masing dan dengan kepakakaran yang ada program ini telah berjaya dengan jayanya. Kini, talian internet dapat disambungkan ke Pejabat dan Bilik Guru dan memberikan sedikit senyuman serta kemudahan kepada Guru-guru serta staff sekolah yang tidak perlu lagi ke Bilik Komputer untuk mengakses internet kerana kini Guru-guru dan staff dapat melayari internet di bilik mereka. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.

    Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.

    Teknologi Untuk Pendidikan Bestari.

    1BestariNet


    1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School Broadband yang dulu dikenali sebagai SchoolNet.

    Projek 1BestariNet merupakan pembaharuan dan penambahbaikan  perkhidmatan capaian Internet di sekolah. Antaranya:

    1. Sambungan WAN & LAN di sekolah.
    2. Hosting Terurus
    3. Centralize Monitoring
    4. Tapisan kandungan
    5. Sekuriti tanpa had bagi device di sekolah
    6. Penambahbaikan dalam sistem tampalan pengurusan
    7. Virtual Learning Enviroment (VLE)
    Fokus utama adalah kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah. Antara faedah pelaksanaan 1BestariNet ialah:
    1. Akses rangkaian stabil (kelajuan dari 2Mbps Sehingga 10Mbps)
    2. Bahan pembelajaran melalui platform tunggal menggunakan VLE
    3. Guru fokus kepada integrasi ICT dalam P&P dan bukan mengurus peneyelenggaraan
    4. Mengintegrasikan bahan P&P dan aplikasi P&T dalam satu platform yang terurus
    5. Memberi autonomi kepada sekolah dalam pengurusan ICT
    6. Menyediakan pengurusan keselamatan terurus,mantap dan berkesan
    7. Menampung keperlan KSSR dan KSSM serta keperluan Native Speakers
    8. Help Desk tunggal untul sluruh perkhidmatan
    1BesatariNet akan bermula secara berperingkat-peringkat bermula Disember 2011 sehingga Disember 2012.

    Friday 27 January 2012

    Pasukan Kongfigurasi Rangkaian Daerah kerian

    Pasukan Kongfigurasi Rangkaian Daerah Kerian (PAKAR) merupakan sebuah pasukan yang telah ditubuhkan oleh Pusat Kegiatan Guru Daerah kerian bagi membantu sekolah-sekolah di daerah kerian yang melibatkan masalah rangkaian dan peralatan ICT.