Monday 13 February 2012

Khidmat Bantu ICT SK Sungai Baharu

Photobucket

Program PAKAR Daerah seterusnaya telah di jalankan di SK Sungai Baharu pada 14 September 2011.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian telah terlibat dalam program ini.  Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan rangkaian (networking) di sekolah.

Pihak Sekolah telah menyediakan peralatan yang diperlukan dalam menjayakan misi ini seperti Switch Port dan Wifi manakala PKG menyediakan UTP Kabel serta kepakaran untuk pemasangan rangkaian ini. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan perbincangan pelan di mana ia melibatkan satu jarak yang agak jauh dari modem Telekom yang terletak di Makmal Komputer di mana jaraknya lebih dari 100meter untuk di sambungkan ke Pejabat serta Bilik Guru.

Setelah mencapai keputusan di dalam perbincangan, projek pemasangan bermula dan semua Juruteknik Komputer telah membahagikan kerja masing-masing dan dengan kepakakaran yang ada penyambungan networking telah berjaya dengan jayanya. Kini, talian internet dapat disambungkan ke Pejabat dan Bilik Guru  dan memberi kemudahan kepada Guru-guru serta staff sekolah yang tidak perlu lagi ke Bilik Komputer untuk mengakses internet kerana kini Guru-guru dan staff dapat melayari internet di bilik mereka. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.

Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment