Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SK SUNGAI KEPAR





Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar yang telah dijalankan pada 28 Feb 2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian serta  2 orang Juruteknik Komputer Sekolah  telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemeriksaan 24 buah komputer di Makmal Komputer Koridor Utara,iaitu Makmal Komputer yang disumbangkan oleh Pihak Koridor Utara.

 Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan memriksa semua komputer,laptop,LCD Projektor dan Prointer di dalam makmal tersebut. kemudian, pemeriksaan lanjut di lakukan bagi mengenal pasti masalah kerosakan yang dihadapi. Setelah pemeriksaan dilakukan,didapati 5 buah komputer daripada 24 buah mengalami masalah pada rangkaian.

Kerosakan tersebut telah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan aduan akan dibuat melalui STS bagi membuat penyelenggaraan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment