Thursday 12 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SK KUALA GULA







Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Kebangsaan Kuala Gula yang telah dijalankan pada 22 Oktober 2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan rangkaian di Bilik Akses Sementara dan  pejabat.

 Program yang bermula pada pukul 9.45 pagi dimulakan dengan membuat pelan pemasangan dan agihan tugas yang bermula di pejabat .Kemudian 1 kabel akan ditarik ke bilik tersebut.selepas itu 10 kabel ditarik untuk 10 buah komputer dan pemasangan RJ45 sementara pemasangan switch dilakukan seterusnya membuat pengujian talian.Semua komputer telah mendapat talian internet.

Terdapat 3 buah komputer yang mengalami masalah OS dapat berfungsi dengan baik setelah membuat cloning dengan menggunakan perisian cloning ease US todo.

 Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment