Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SK SUNGAI SETAR


Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Kebangsaan Sungai Setar yang telah dijalankan pada 11 April 2013.  Seramai 3 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemeriksaan 13 buah komputer di Makmal Sekolah yang telah menjadi Makmal Bahasa MBMMBI.

 Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi dimulakan dengan memeriksa semua komputer di dalam makmal tersebut. kemudian, pemeriksaan lanjut di lakukan bagi mengenal pasti masalah kerosakan yang dihadapi. Selepas itu,pemeriksaan dan pengujian dilakukan kepada alatan ICT untuk makmal bahasa iaitu headset dan perisian MBMMBI yang telah dibekalkan.

Semua komputer dapat berfungsi dengan baik,dan pelaksanaan peningkatan version antivirus dilakukan bagi memastikan semua komputer dilindungi dari virus.Khidmat nasihat dan tunjuk ajar juga diberikan kepada Guru ICT sekolah,bagaimana cara penggunaan perisian makmal bahasa yang telah dibekalkan bagi memastikan penggunaan perisian tersebut dapat dilaksanakan oleh seluruh guru-guru disekolah tersebut. 

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment