Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SMK SERI KURAU


Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kurau yang telah dijalankan pada 12 April  2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang telah terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan switch dan rangkaian di Makmal Komputer  yang merupakan Makmal Bahasa MBMMBI.

 Program yang bermula pada pukul10.00 pagi dimulakan dengan membuat pelan pemasangan dan agihan tugas yang bermula di makmal komputer.Kemudian, switch baru dipasang di rak server.kabel lama dibuat pengujian bagi kenal pasti kerosakan. Kabel yang rosak akan digantikan dengan yang baru,selepas itu pengujian dilakukan kepada semua kabel dan Semua komputer telah mendapat talian internet.

Setelah itu,pemeriksaan perisian MBMMBI dilakukan bagi memastikan semua komputer dapat menggunakan perisian tersebut dengan lancar.Semua komputer dapat digunakan dengan baik.

 Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment