Wednesday 11 December 2013

KHIDMAT BANTU ICT SMK GUNUNG SEMANGGOL





Program PaKaR Daerah pada tahun 2013 seterusnya diadakan di  Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol yang telah dijalankan pada 4 Feb 2013.  Seramai 5 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian terlibat . Dalam program ini, pihak PKG yang diwakili oleh Juruteknik Komputer telah membantu dalam pemasangan alatan ICT untuk Makmal Bahasa MBMMBI.

 Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan memasang 21 headset,21 Audio filter kepada 21 komputer baru.Sekolah ini telah mendapat penggantian peralatan komputer.Kemudian,installasi perisian netsupport School dijalankan berserta perisian MBMMBI iaitu e-kata dan English Builder.

Setelah semua installasi dilaksanakan,pengujian dilakukan bagi memastikan semua alatan yang telah dipasang tadi dapat digunakan sebagai sebuah sistem Makmal Bahasa.

Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak PKG, sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merencanakan program dan menjayakan P&P di sekolah yang melibatkan penggunaan ICT.


Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

0 comments:

Post a Comment